PENYEMBELIHAN QURBAN
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas
solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana
beribadah kepada Allah s.w.t. , itu
sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya
disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian
daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka
sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah
diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan
beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak
meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan
unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."
(surah al-Haj:36)
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah
bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang
dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain
daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari
kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan
kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya)
telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban
itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah
(Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:
"Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim."
Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah
s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap
helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang
halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang
bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus
itu satu kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu
Majah)
Dengan pahala yang begitu basar,maka warga ldii di kabupaten demak dengan serempak mengadakan penyembelihan qurban dimasing-masing tempat di pac maupun di pc masing-masing pada hari minggu tanggal 10 ddzulhijjah 1432 h/tanggal 6 november 2011,kemudian dibagikan kepada warga sekitar , yang minta maupun yang tidak.
Dari seluruh DPD LDII Kabupaten Demak bisa menyembelih qurban sebanyak 41 ekor sapi dan 20 kambing