PENYEMBELIHAN QURBAN
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas
solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana
beribadah kepada Allah s.w.t. , itu
sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya
disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian
daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka
sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah
diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan
beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak
meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan
unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."
(surah al-Haj:36)
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan
berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2)